Namaku Melor, penulis tetap untuk Kampong Bandar Dalam Kampung Halaman Kami.  Aku adalah penghuni tetap Lot 2763 yang kami gelarkan istana kecil kami ini Rumah Uwan. Rumah Uwan ini merupakan rumah induk buat keluarga kecilku. Rumah Uwan berada di Kampong Bandar Dalam, Sentul, Kuala Lumpur (dahulunya Kampung Bandar Dalam, Jalan Batu 4 1/4, Gombak, Selangor). Di kawasan kejiranan Kg. Bandar Dalam ini, ada beberapa buah kampung dan taman perumahan yang sama-sama berkongsi jalan raya. Antaranya ialah Kg. Padang Balang, Kg. Changkat, Taman Melewar, Taman Greenwood, Taman Geliga, Taman Selasih dan beberapa tempat yang tidak dapatlah kuingat kala ini.

Penghuni Rumah Uwan baru sahaja pulang dari Temasek pada 19 Oktober 2009.  Bertemu teman-teman yang menetap di sana. Salah seorang teman menceritakan kisah Gedung Kuning. Teman baruku hari itu bernama Cik Ida. Cik Idalah yang memberi semangat dan inspirasi untuk menulis tentang kampung halamanku ini – Kg. Bandar Dalam. Sebelum ini Bondaku pernah memintaku menulis tentang kampung halaman kami ini, tetapi mungkin berasa tidak pantas atau kekeringan ilham dan gerak rasa, kutangguhkan perjalanan pengkisahan kampung ini kepada khalayak. Tetapi setelah mendengar celoteh Cik Ida yang sungguh bersemangat, yang dapat kutangkap dari nada suaranya betapa dia merindui Gedung Kuning, rumah agamnya, di situlah dahulu dia dan adindanya dilahirkan dan dibesarkan oleh ahli keluarganya…

Ada ungkapan Cik Ida yang benar menarik perhatianku… Menurutnya ungkapan itu daripada arwah ibunya : ‘Cik Ida, rumah ini tahu siapa tuannya…’

Gedung Kuning sudah diambil oleh kerajaan Temasek. Betapa luluhnya keluarga Cik Ida menghadapi dugaan sedemikian, setelah Istana di kejiranan juga telah dipindah hakmilik.

Berbalik kepada kisah Rumah Uwan…

Kampong Bandar Dalam akan menerima nasib yang sama. Sebahagian daripada tanah hakmilik penduduk kampung ini akan diambil demi pembangunan. Nasib temanku yang menetap di hadapan Sungai Gombak itu akan berubah. Tanahnya akan ditukar bersalut bangunan baharu. Bagaimana pula dengan nasib si Rumah Uwan ya?

Yang pastinya, jikalau sekalipun tapak tanah Rumah Uwan tidak terusik, tetapi kesannya tetap bakal ada.

Melor akan mengisahkan Rumah Uwan, Kampong Bandar Dalam, dan juga rumah-rumah lain yang ada di sini di warkah akan datang.

Terima kasih Cik Ida dan Bonda yang memberi semangat untuk ku mewar-warkan Rumah Uwan dan Kg Bandar Dalam, kampung halaman kami… Inilah Kasih Bonda kami yang terbina semenjak lebih 100 tahun lalu di tanah Gombak.

Welcome to WordPress.com. This is your first post. Edit or delete it and start blogging!

Rumah Uwan

Hikayat

Takwim

April 2024
M T W T F S S
1234567
891011121314
15161718192021
22232425262728
2930  

Ulasan terkini

Mr WordPress on Hello world!